Lagu IPGM

LAGU RASMI INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (VERSI 2024)

Melodi: Mah Kok Heng
Lirik: Panel IPG, KPM

Institut Pendidikan Guru
Kami sentiasa bersedia
Menjulang etika kerja
Berkorban jiwa raga
Menjunjung aspirasi
Bangsa Negara tercinta

Berwibawa, berintegriti
Keunggulan peribadi
Berteraskan keimanan
Mendidik anak bangsa

Kami bangga menjadi guru
Kerjaya dihormati
Tidak jemu menimba ilmu
Bakti setulus hati dan budi

With excellence and integrity
And the best personality
With devotion and strength in faith
Educating our nation

We are proud that we're teachers
A calling of dignity
We'll keep on learning tirelessly
We will teach in all sincerity

IPG Malaysia berikrar
Membentuk guru berkualiti
Compassionate, loving, and virtuous
Embracing vision, mission of IPG

Mendukung visi, misi IPG