Salam 1 Malaysia.
Kepada semua pelajar PPISMP dan PISMP IPG Kampus Tun Abdul Razak. Adalah dengan ini pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar memberi peringatan kepada pelajar dalam kursus PPISMP dan PISMP terutama sekali mereka yang berada disemester akhir pengajian, untuk menyemak semula fail peribadi yang di dalam simpanan HEP.
Peringatan ini diberikan berikutan ada sebilangan dari pelajar kursus PPISMP dan PISMP tidak menghantar salinan Sijil SPM.
Salinan sijil ini penting untuk rekod HEP dan salinan sijil SPM ini akan digunakan sebagai bukti dan bahan rujukan semasa pengisian borang penempatan.
Kerjasama dan rasa tanggungjawab dari kalangan pelajar PPISMP dan PISMP amatlah Pihak HEP hargai, sebarang pertanyaan boleh diajukan terus ke Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPGKTAR.

















