msen

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan IPG KPM adalah seperti berikut:
Kami warga Institut Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia dengan ini bertekad, beriltizam, berikrar dan berjanji memberi perkhidmatan berkualiti untuk:
1. Memastikan semua program pengajian praperkhidmatan dan pascasiswazah yang ditawarkan oleh IPG mendapat akreditasi daripada MQA serta badan-badan profesional.
2. Memastikan kurikulum praperkhidmatan disediakan dengan lengkap satu (1) bulan sebelum pelaksanaan program.
3. Memastikan 100% pelajar baharu memenuhi syarat kemasukan yang ditetapkan.
4. Memastikan guru baharu lulusan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) daripada IPG memenuhi 92% kriteria kepuasan pelanggan.
5. Menawarkan 100% latihan pembangunan profesionalisme berdasarkan keperluan organisasi.
6. Memastikan keputusan peperiksaan akhir dimaklumkan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas diperakui oleh Senat.
7. Memastikan penganugerahan Ijazah dan Diploma kepada lulusan dilaksanakan dalam tempoh satu (1) tahun selepas keputusan peperiksaan akhir diumumkan.
8. Memenuhi 98% keperluan organisasi dalam perkhidmatan sokongan pengurusan dan teknologi maklumat.