Bengkel Tarian Zapin Melayu Sarawak
Unit Pembangunan Latihan Bersama-sama dengan Majlis Seni Sarawak dan Persatuan Lang Budaya Sarawak telah menganjurkan Bengkel Tarian Zapin Melayu Sarawak bagi guru-guru di Sarawak bermula 11 sehingga 13 Disember 2023 yang bertempat di Institut Aminuddin Baki Cawangan Sarawak. Program ini dijalankan untuk mengekalkan seni tari Zapin Melayu Sarawak agar tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas.