PENGENALAN
Salah sebuah jabatan di Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak (IPGK TAR) yang terdiri dari seorang Ketua Jabatan dan tiga orang Ketua Unit. Secara umumnya Jabatan ini membantu melaksana aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan penyelidikan di peringkat Institut dan juga di bawah penyelarasan dan pemantauan Unit Penyelidikan Dan Inovasi Profesionalisme Keguruan (PIPK) Bahagian Pendidikan Guru. Penaikan taraf Institut Perguruan kepada IPG pada tahun 2006 untuk melaksanakan program ijazah pertama telah membawa perubahan kepada bidang tugas pensyarah dengan memberi keutamaan kepada penyelidikan untuk meningkatkan taraf keintelektualan dan kesarjanaan selaras dengan program yang dilaksanakan. Keperluan MQA dalam pemantauan dan penilaian program memerlukan tenaga akademik untuk melaksanakan penyelidikan dalam usaha untuk menambahbaik sistem penyampaian program/kursus yang dilaksanakan di IPG seperti yang dituntutkan dalam MQF. Selain dari itu PIPP telah menetapkan fokus dan strategi PIPK (R&I) bagi meningkatkan kualiti dan kuantiti penyelidikan di IPG dan BPG. Selaras dengan itu Jabatan PIPK di IPGK TAR ini memain peranan penting dalam menyelaras aktiviti dan program serta merealisi hasrat dan matlamat ini di dalam konteks penyelidikan dan inovasi profesionalisme keguruan.
VISI
Pemimpin dalam pedagogi pendidikan melalui pembudayaan penyelidikan sebagai satu aktiviti ilmiah di IPG.
MISI
Menyediakan latihan dan pendidikan guru yang memenuhi tuntutan pendidikan semasa dan akan datang melalui aktivi penyelidikan.
OBJEKTIF
• Memberi latihan dan bimbingan penyelidikan kepada pensyarah dan bakal guru yang menjalankan penyelidikan.
• Menatar dan mendokumentasikan hasil penyelidikan.
• Menerbitkan satu hasil penyelidikan dalam bentuk jurnal akademik yang berkualiti sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh dua tahun.
• Melasanakan penilaian program latihan keguruan mengikut keperluan IPG
CREDO
Kami di Jabatan PIPK ingin dikenali sebagai ahli organisasi yang:
• Menyokong visi dan misi jabatan dan IPG
• Menitikberatkan kerja sepasukan dalam menjayakan aktiviti organisasi
• Optimis dan komited dalam melaksanakan tugas
• Sentiasa bersifat terbuka serta mengalu-alukan apa jua pandangan dan teguran yang membina lagi ikhlas
PIAGAM PELANGGAN
Kami di Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Profesionalisme beriltizam dan berjanji :
• Memberi perkhidmatan bimbingan penyelidikan yang berkualiti
• Menyedia dan melaksanakan program penyelidikan yang memenuhi kehendak pelanggan
• Berusaha membangun potensi pensyarah dalam melaksanakan penyelidikan yang berkualiti
• Berusaha membudayakan penyelidikan sebagai amalan penambahbaikan berterusan
• Menerbitkan hasil penyelidikan jabatan-jabatan sekurang-kurangnya dua tahun sekali
• Mewujudkan saluran agar hasil penyelidikan dapat disebar dan dikongsikan melalui penulisan dan pembentangan di peringkat tempatan dan kebangsaan
• Memastikan peruntukan penyelidikan dirancang dan diguna secara optimum
CARTA ORGANISASI

SENARAI STAF
| Bil | Nama | Jawatan |
| 1 | En. Ho Ho Tong | Ketua Jabatan - DG48 |
| 2 | Dr. Hjh. Rahmah Binti Murshidi | Pensyarah Akademik Kanan - DG52 |
| 3 | Pn. Azalina Binti Azmi | Pensyarah Akademik -DG48 |
| 4 | En. Ahap Bin Awal | Pensyarah Akademik -DG44 (KUP) |
GAMBAR AKTIVITI JAB. PIPK





