Sukacita dimaklumkan bahawa Program Pengalaman Berasaskan Sekolah adalah seperti berikut:
i. PBS Fasa 3 PISMP Ambilan Januari 2011 akan diadakan pada 19 Mac 2012 hingga 23 Mac 2012 (1 minggu )
ii. PBS Fasa I PISMP Ambilan Januari 2012 akan diadakan pada 5 Mac 2012 hingga 9 Mac 2012 (1 minggu )
Semua pelajar dibenarkan memilih sekolah untuk penempatan PBS Fasa 3 dan PBS Fasa 1 seperti tarikh di atas. Senarai nama sekolah yang lengkap dengan poskod serta nombor telefon hendaklah diisi dalam Borang Senarai Penempatan PBS.
Sehubungan itu, semua KETUA KUMPULAN dikehendaki memuat turun salinan borang untuk kumpulan masing-masing melalui laman web IPGKTAR dan memastikan semua pelajar bagi kumpulan masing-masing lengkap mengisi maklumat yang diperlukan dalam salinan tersebut.
Kriteria pemilihan penempatan hendaklah mengambil kira lokasi, saiz dan jenis sekolah yang berbeza-beza mengikut semester sebelum ini. Bilangan penempatan setiap sekolah hendaklah tidak melebihi dua orang pelajar bagi kumpulan yang sama. Sebarang kesulitan, sila hubungi unit praktikum.
Maklumat yang telah lengkap diisi hendaklah diemelkan kepada Cik Siti Azura Binti Juih (
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
) dan salinan kepada Encik Sawal bin Achong (
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
) sebelum atau pada 8 Februari 2012.
Untuk melihat / muat turun dokumen-dokumen tersebut, sila klik REPOSITORI DOKUMEN > UNIT > UNIT PRAKTIKUM > PBS FASA 3 PISMP JAN 2011
Sekian. Terima kasih.
Institut Pendidikan Guru
Kampus Tun Abdul Razak
Jalan Dato' Mohd. Musa
94300 Kota Samarahan
Sarawak
Tel: 082-673800
Faks: 082-672984
Emel: webmaster @ ipgmktar.edu.my
Jumlah pelawat sejak 24 Mac 2012: