|
|
|
|
Kota Samarahan: Program Minggu Membaca & “Book Review” telah diadakan pada 7-10 Mei 2012 di Dewan Sadong Jaya IPGKTAR dengan pengisian beberapa aktiviti yang menarik seperti berikut:
1. PERTANDINGAN MEWARNA PRA SEKOLAH IPGKTAR
Tempat: Pusat Sumber
Tarikh: 8 Mei 2012
Peserta: 25 orang
2. PERTANDINGAN BERCERITA SEKOLAH RENDAH
Tempat: Dewan Sadong Jaya
Tarikh: 10 Mei 2012
Peserta: 8 orang
3. GERAI JUALAN BUKU
Tempat: Laluan Di Hadapan Dewan Sadong Jaya/Asajaya
Tarikh: 7-10 Mei 2012
Peserta: Dua syarikat buku (MPH dan My Book Store)
4. Book Review
Tempat: Dewan Sadong Jaya
Tarikh: 10 Mei 2012
Peserta: 3 orang
Kemuncak program tersebut adalah book review yang telah disampaikan oleh 3 orang peserta iaitu Encik Ahap Bin Awal (Pensyarah Jabatan PIPK), Encik Abdul Rahim Bin Roslie (Pensyarah Jabatan Matematik) dan Pelajar PISMPMT 1112, Ahmad Afiq Afyfy Bin Rosli. Selain itu, Projek Pusat Sumber Angkat turut dirasmikan pada hari tersebut dengan menjadikan S.K. Lubok Antu, Reban, Serian sebagai projek perintis Pusat Sumber dan ahli Rakan Pustaka IPGKTAR.
Pusat Sumber Angkat adalah ilham bersama dua orang pelajar yang menjalani praktikum di sekolah tersebut iaitu Nur Effariza Bt Taib dan Siti Noor Aisyah Bt Sapiee. Pusat Sumber IPGKTAR merupakan penasihat program tersebut atas persetujuan dan sokongan padu Pengarah IPGKTAR, Puan Hamsiah Bt Abdullah Masni. Program ini bertujuan membantu Pusat Sumber sekolah berkenaan memperkayakan bahan bacaan sedia ada di samping memberi khidmat nasihat berkenaan pembangunan koleksi dan pemuliharaan bahan-bahan. Projek ini akan dipantau oleh Pusat Sumber dan ahli Rakan Pustaka dari semasa ke semasa.
Selain itu, pelbagai hadiah turut disampaikan kepada para pemenang sempena program tersebut mengikut kategori masing-masing:-
Peminjam Terbanyak Julai –Disember 2011 Mengikut Kategori:
1. Pensyarah- Tay Nguong Yong
2. Staf Sokongan- Caroline Ak Garlie Dale
3. Pelajar- Nuur Aisyah Bt Jas
Peminjam Terbanyak Jan-April 2012 Mengikut Kategori:
1. Pensyarah- Chandra Mohan A/L Vasudeva Panicker
2. Staf Sokongan- Affendi Bin Ajis
3. Pelajar- Dzulkarnain Arifin B. Abdullah
Pengunjung Paling Kerap Ke Pusat Sumber
1. Abdul Rahim Bin Roslie
2. Chia Wei Long
Library Idol
1. Chia Wei Long
2. Andrew Olla Ak Bill
Laporan oleh:
Warga Kerja Pusat Sumber
IPGKTAR
"Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa."
Institut Pendidikan Guru
Kampus Tun Abdul Razak
Jalan Dato' Mohd. Musa
94300 Kota Samarahan
Sarawak
Tel: 082-673800
Faks: 082-672984
Emel: webmaster @ ipgmktar.edu.my
Jumlah pelawat sejak 24 Mac 2012: