REPOSITORI DOKUMEN

Piagam Pelanggan

Kami warga Institut Pendidikan Guru Malaysia dan Institut Pendidikan Guru ( IPGM dan IPG) dengan tekad dan iltizam berikrar dan berjanji menumpukan tenaga dan usaha kami untuk :

  • memaklumkan penempatan pemohon yang berjaya mengikuti pengajian di IPG dalam tempoh 10 hari bekerja selepas senarai pemohon tersebut diterima dari organisasi berkaitan.
  • memastikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran mematuhi kurikulum pendidikan guru.
  • memaklumkan keputusan peperiksaan akhir program / kursus dalam tempoh tujuh ( 7) hari bekerja selepas mesyuarat Senat.
  • menganugerahkan Ijazah atau Diploma kepada lulusan dalam tempoh enam  (6) bulan selepas keputusan peperiksaan akhir diumumkan.
  • memastikan guru baharu lulusan IPGM memenuhi 92% kehendak sekolah dari aspek kualiti diri, kemahiran  dalam pengajaran – pembelajaran, kebolehan mengurus kokurikulum, dan kemampuan mengurus tugas- tugas di sekolah.
  • mengambil tindakan setiap aduan pelanggan dalam tempoh tiga ( 3 ) hari bekerja.

Carian

Aplikasi Dalam Talian

Aplikasi Intranet